Social Icons

Pages

Friday 12 April 2013

Minit Mesyuarat Induk PPda - Bilangan 4

               SPSK PK 07/3


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT INDAH

MINIT MESYUARAT INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) BIL. 4/2013

Tarikh                          : 8 APRIL 2013

Masa                           : 3.00 – 4.30 PETANG

Tempat                        : BILIK WAWASAN

Pengerusi                    : PN. NORLILAH BINTI ISMAIL

Kehadiran(Bilangan)   : 22/37                                 Tidak Hadir  : 15/37

1.      
Pn. Norlilah Binti Ismail
1.
Pn. Raja Norhanizah Binti Raja Shahminan
2.      
En. Kamaruddin Bin Md Noor
2.
Pn. Mazura Binti Makhtar
3.      
Pn. Nooralizan Binti Idrus@Idros
3.
Pn. Jamaliah Binti Ab Aziz
4.      
Pn. Nooriana Binti Mohd Noor
4.
Pn. Nan Aini Binti Mohd Tahir
5.      
Pn. Tharwat Binti Muhammad
5.
En. Mohd Hairil Nizam Bin Basri
6.      
En. Ahmad Tizamuden Bin Shafie
6.
En. Mohamad Jais Bin Mohamad Noor
7.      
En. Zanzuri Bin Mohamad
7.
Pn. Tee Lian Hong
8.      
En. Hamdi Bin Ismail
8.
Pn. Leow Ai Wei
9.      
Pn. Zainon Binti Khalid
9.
Pn. Nurul Ezzah Binti Hamzah
10.   
Pn. Azura Binti Abdul Raof
10.
Pn. Norlihan Binti Salim
11.   
Pn. Wan Hasnida Binti Abdullah
11.
Pn. Zuraidah Binti Maidin
12.   
Pn. Noraini Binti Ahmad
12.
Pn. Nurhazwani Binti Zaidi
13.   
Pn. Yon Farhah Binti Jamaludin
13.
En. Mohd Nazree Bin Che Man
14.   
Pn. Tg. Nor Azlini Binti Tg. Muhammad
14.
Cik Nurfadhilah Binti Ahmad Fadli
15.   
Pn. Nurrul Amani Binti Sarkawi
15.
En. Mohd Jamil Hafiz Bin Md Yusof
16.   
Pn. Asnidar Binti Mohd Arif

17.   
Pn. Nik Rahimah Binti Nik Mohamed

18.   
Pn. Nurul Haniza Binti Awalludin

19.   
Pn. Zainon Binti Md Ali

20.   
Pn. Zaidah Nor Binti Ahmad

21.   
Pn. Roshita Binti Sulaiman

22.   
Pn. Nor Hafizah Binti Salehuddin


Urusetia                       : Pn. Nor Hafizah Binti Salehuddin


1



2

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1.Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih diatas kehadiran para guru untuk sesi mesyuarat pada kali ini.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
2.1.Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Tg. Nor Azlini.
2.2.Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Tharwat.

3
PERBINCANGAN / SUMBANGSARAN AJK MENGIKUT BIDANG TUGAS

3.1.Banner
      3.1.1.Dicadangkan agar diadakan banner satu bagi setiap panitia yang berkisar tentang warga panitia menolak D.A.R.I.H.
      3.1.2.Tiga puluh keping banner saiz kecil akan ditempah untuk dihantar kepada skuad anti D.A.R.I.H SMK Bukit Indah di seluruh negara yang berkesempatan.
      3.1.3.Banner besar berkisar warga SMK Bukit Indah menolak D.A.R.I.H juga dicadang untuk diadakan.

3.2.Elemen 1: Lokasi dan Susun Atur
      3.2.1.Dicadangkan agar konsep anti D.A.R.I.H ini diberi justifikasi yang terperinci seperti pelaksanaan literature review.
      3.2.2.Memandangkan tiada seorang wakil dari ajk ini hadir, satu perjumpaan kecil bersama pengetua, penyelaras dan setiausaha PPDa dan ajk tersebut akan diadakan selepas ini bagi membincangkan perkembangan tugas.

3.3.Elemen 2: Visi dan Misi
      3.3.1.Visi dan Misi PPDa telah dijelaskan oleh pengetua dalam di dalam perhimpunan pagi hari ini.
      3.3.2.Visi dan Misi dalam bentuk stiker sudah diedarkan kepada pelajar.
      3.3.3.Pelajar perlu menampal stiker tersebut di atas meja kelas manakala guru pula perlu melekatkannya di dalam buku rekod persediaan mengajar.
    
3.4.Elemen 3: Struktur Organisasi
      3.4.1.Pn. Azura beserta ajk elemen perlu menyediakan senarai jawatankuasa dan carta organisasi di dalam fail dokumentasi mengikut elemen, fail induk, fail yang perlu dihantar ke PPD dan juga di stesen-stesen, sudut atau lorong yang terlibat.
      3.4.2.Pn. Azura juga perlu berjumpa dengan pengetua untuk perbincangan elemen.

3.5.Elemen 4: Pengurusan Fail dan Dokumentasi
      3.5.1.Pengurusan fail akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
      3.5.2.Elemen-elemen lain perlu bekerjasama dengan elemen 4 bagi mengemaskini maklumat dan item yang akan dinilai mengikut elemen masing-masing.

3.6.Elemen 5: Pengurusan Sudut dan Lorong
      3.6.1.Pn. Roshita telah menempah pagar labah-labah untuk lorong Dadah.
      3.6.2.Dicadangkan agar lampu yang akan dipasang berwarna kuning dan oren bagi lorong neraka sebagai simbol api manakala lampu berwarna putih dan biru bagi lorong syurga sebagai kontra bagi lorong yang sebaliknya.
      3.6.3.Lorong asal Dadah tersebut tidak akan dimodifikasi secara seluruh sebaliknya dikekalkan kebanyakan mural dan konsep asal.
      3.6.4.Di dalam showcase akan diletakkan replika-replika berkaitan dadah seperti jarum suntikan, pil-pil dan sebagainya.

3.7.Elemen 6: Perancangan dan Pelaksanaan
      3.7.1.Tiada ketua atau wakil ajk yang hadir. Oleh yang demikian, satu perjumpaan kecil bersama pengetua, penyelaras dan setiausaha PPDa dan ajk tersebut akan diadakan selepas ini bagi membincangkan perkembangan tugas.

3.8.Elemen 7: Kemenjadian Murid
      3.8.1.Peranan sudah didapatkan melalui sumber internet dan akan dicetak untuk ditampal serta dimasukkan ke dalam fail.
      3.8.2.Hasil-hasil atau info-info yang didapati daripada Rakan PPDa akan dibuat salinan dan diedarkan kepada setiap kelas serta dimasukkan ke dalam fail.
      3.8.3.Lencana anti D.A.R.I.H akan ditempah untuk dipakai oleh Rakan PPDa.


3.9.Elemen 8: Kesan HALO
      3.9.1.Buku lawatan akan diadakan.

3.10.Elemen 9: Sumbangan Agensi Luar
        3.10.1.Mesyuarat dimaklumkan oleh Pn. Raja Norhanizah bahawa YB. Dato’ Nazir akan menyumbangkan RM1000 kepada PPDa SMK Bukit Indah.
        3.10.2.Pengetua turut memaklumkan bahawa beliau telah menerima RM1000 daripada pihak luar.
        3.10.3.Pengetua turut mencadangkan agar surat sumbangan dipanjangkan kepada pihak MPAJ, Baitulmal, Tabung Haji, Pusat Zakat dan lain-lain sebagai usaha mendapatkan dana projek.

3.11.Penyelaras Pengurusan dan Kepimpinan
        3.11.1.Semua pengurusan dan kepimpinan akan dipantau dari semasa ke semasa.

3.12.Penyelaras Aktiviti Kurikulum
        3.12.1.Semua pengurusan akan dipantau dari semasa ke semasa.

3.13.Penyelaras Aktiviti Ko-kurikulum
        3.13.1.Semua pengurusan akan dipantau dari semasa ke semasa.

3.14.Penyelaras Pembentukan Sahsiah
        3.14.1.Terdapat program yang masih dalam perbincangan.
        3.14.2.Program Ponteng iaitu “Muafakat Bersama Masjid” akan dimasukkan ke dalam pengurusan.

3.15.Pengurusan Sudut Setiap Kelas
        3.15.1.Sudut PPDa dalam setiap kelas akan diadakan.
        3.15.2.Setiap kelas akan menampal visi dan misi PPDa serta info-info tentang anti D.A.R.I.H.

3.16.Stesen 1 – HIV dan AIDS
        3.16.1.Konsep sedang dalam perbincangan.
        3.16.2.Ketua stesen mencadangkan patung dibeli untuk diletakkan di stesen, lantai akan disimen.
        3.16.3.Pengetua mencadangkan agar info tentang Pn. Hajah Norlina yang banyak memberi sumbangan kepada mangsa AIDS dan HIV untuk diperbanyakkan di kawasan stesen.

3.17.Stesen 2 – Inhalan
        3.17.1.Tiada ketua atau wakil ajk yang hadir. Oleh yang demikian, satu perjumpaan kecil bersama pengetua, penyelaras dan setiausaha PPDa dan ajk tersebut akan diadakan selepas ini bagi membincangkan perkembangan tugas.

3.18.Stesen 3 – Rokok
        3.18.1.Tiada ketua atau wakil ajk yang hadir. Oleh yang demikian, satu perjumpaan kecil bersama pengetua, penyelaras dan setiausaha PPDa dan ajk tersebut akan diadakan selepas ini bagi membincangkan perkembangan tugas.

3.19.Stesen 4 – Alkohol
        3.19.1.Ketua stesen mencadangkan agar replika-replika botol arak diletakkan di stesen tersebut bersama mural potongan ayat Al-Quran menghindar perasaan terjebak D.A.R.I.H dan dihiasi pokok-pokok rawatan AIDS.
3.20.Stesen 5 – Dadah
        3.20.1.(seperti yang telah dicadangkan dalam perkara 3.6)

3.21.Pondok Luar / Jejak Hitam Putih
        3.21.1.Tiada ketua atau wakil ajk yang hadir. Oleh yang demikian, satu perjumpaan kecil bersama pengetua, penyelaras dan setiausaha PPDa dan ajk tersebut akan diadakan selepas ini bagi membincangkan perkembangan tugas.

3.22.Taman Herba Pemulihan D.A.R.I.H
        3.22.1.Dicadangkan agar ditanam pokok peanut shrubs berbentuk “X DARIH” yang melambangkan simbol benci D.A.R.I.H. Pokok ini adalah salah satu pokok rawatan dadah.

3.23.Kantin PPDa
        3.23.1.Tiada ketua atau wakil ajk yang hadir. Oleh yang demikian, satu perjumpaan kecil bersama pengetua, penyelaras dan setiausaha PPDa dan ajk tersebut akan diadakan selepas ini bagi membincangkan perkembangan tugas.

3.24.PPDa Merentasi Ko-kurikulum
        3.24.1.Pengurusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

3.25.Mural Gergasi
        3.25.1.Semua pihak akan terlibat untuk mewarnakan mural tersebut.

3.26.Mural di kelas 4 Sains hingga Koperasi
        3.26.1.Tiada ketua atau wakil ajk yang hadir. Oleh yang demikian, satu perjumpaan kecil bersama pengetua, penyelaras dan setiausaha PPDa dan ajk tersebut akan diadakan selepas ini bagi membincangkan perkembangan tugas.

3.27.Billboard SMK Bukit Indah Bebas D.A.R.I.H
        3.27.1.Pengurusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

3.28.Penjara
        3.28.1.Tiada ketua atau wakil ajk yang hadir. Oleh yang demikian, satu perjumpaan kecil bersama pengetua, penyelaras dan setiausaha PPDa dan ajk tersebut akan diadakan selepas ini bagi membincangkan perkembangan tugas.



5
UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat. Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al-Asr dan ditangguhkan pada jam 3.45 petang.


Disediakan  oleh,                                                                               Disemak  Oleh,


..........................................………...                                              ...........……........................
( Pn. Nor Hafizah Binti Salehuddin )                                             ( Pn. Norlilah Binti Ismail )
                  Setiausaha                                                                             Pengerusi



 
Blogger Templates