Social Icons

Pages

Monday 30 June 2014

KAJIAN TINDAKAN HUBUNGAN ANTARA AMALAN PONTENG DAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT INDAH AMPANG SELANGOR


Oleh :
Nik Rahimah bt Nik Mohamed
Ahmad Tizamuden Shafie
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah
68000 Ampang Selangor


ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara masalah ponteng dan merokok dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang. Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar tingkatan tiga hingga tingkatan lima yang terdiri daripada pelajar yang dikenalpasti mempunyai kes ponteng. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen penilaian dalam kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pelajar yang ponteng dan amalan merokok.



  DAPATAN KAJIAN

Data yang diperolehi melalui item soalan yang berkaitan dengan tujuan kajian telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS.

Jadual 1 Korelasi Pearson
Item
Aspek


Kekerapan ponteng dalam seminggu

Kekerapan merokok dalam seminggu

Kekerapan ponteng dalam seminggu

Kekerapan merokok dalam seminggu

Korelasi Pearson

Sig.(2-tailed)

1
.418


.176

Jadual 1 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi kekerapan ponteng seminggu dengan kekerapan merokok dalam masa seminggu. Oleh kerana nilai ini lebih besar dari nilai signifikan,maka ia menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan ponteng dengan amalan merokok.

Jadual 2 Aspek faktor ponteng
Item
Faktor Ponteng
Kekerapan
%

Pengaruh kawan


4


19
Pengajaran guru

3
14.3
Perasaan bosan

8
38.1
Lain-lain

5
23.8



Merujuk pada Jadual 2, 8 responden memberi maklumbalas penyebab mereka mula ponteng adalah kerana perasaan bosan. Faktor lain-lain yang dinyatakan oleh responden termasuk tanpa sebab, cikgu bosan dan belajar sendiri.
Aspek kekerapan ponteng dalam masa sehari boleh dirujuk pada Jadual 3 seperti di bawah :
Jadual 3 Kekerapan ponteng dalam masa sehari
Item

1
f
(%)
2
f
(%)
3
f
(%)
4
f
(%)
Min

Berapa kerap anda ponteng dalam masa sehari?

8
(38.3)

7
(33.3)

1
(4.8)

1
(4.8)

1.71








Merujuk kepada Jadual 3, kekerapan tertinggi adalah 1 kali dalam masa satu hari, pelajar akan ponteng. Min untuk kekerapan ponteng dalam masa satu hari adalah 1.71.

Jadual 4 Kekerapan ponteng dalam masa seminggu
Item

1
f
(%)
2
f
(%)
3
f
(%)
4
f
(%)
5
f
(%)
Min

Berapa kerap anda ponteng dalam masa seminggu?

4
(19)

7
(33.3)

3
(14.3)

0
(0)

2
(9.5)

2.31









Merujuk kepada Jadual 4, kekerapan tertinggi adalah 2 kali dalam masa seminggu, pelajar akan ponteng. Min untuk kekerapan ponteng dalam masa seminggu adalah 2.31.





Jadual 5 Perkara yang dilakukan semasa ponteng
Item
Kekerapan
%

Sembang dengan kawan di luar kelas


12


57.1
Bermain di padang

4
19
Merokok

3
14.3
Tidur

3
14.3
Keluar kawasan sekolah
-
-



Lain-lain
1
4.8


Merujuk pada Jadual 5, kekerapan tertinggi menunjukkan 12 orang responden memberi maklumbalas perkara yang dilakukan semasa mereka ponteng adalah sembang dengan kawan di luar kelas. Aktiviti lain yang dilakukan semasa ponteng adalah bermain di padang, tidur dan juga merokok.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates