Social Icons

Pages

Monday 30 June 2014

KAJIAN TINDAKAN : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR


oleh
Ahmad Tizamuden Shafie
Nik Rahimah Nik Mohamed
SMK Bukit Indah Ampang Selangor


ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan merokok di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah Ampang. Persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor diri sendiri dan faktor keluarga. Kajian ini melibatkan 7 orang pelajar lelaki tingkatan dua hingga tingkatan lima SMK Bukit Indah Ampang. Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenal pasti mempunyai rekod merokok melalui buku rekod disiplin. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan min. Daripada persoalan kajian didapati nilai min keseluruhan adalah sederhana. Keputusan kajian keseluruhan mendapati faktor rakan sebaya adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan diri sendiri. 



1.0         REFLEKSI AMALAN LALU

Tabiat merokok boleh memudaratkan kesihatan. Rokok telah dianggap satu-satunya punca kematian utama yang boleh dielakkan pada masa kini. Perangkaan di peringkat antarabangsa menunjukkan terdapat 1.1 bilion perokok di seluruh dunia dan mengakibatkan kematian kira-kira empat juta orang setahun atau satu kematian bagi setiap lapan saat. Di Malaysia pula, terdapat kira-kira 10,000 kematian setiap tahun yang dikaitkan dengan amalan merokok dan kadar tersebut semakin membimbangkan berdasarkan peningkatan kes. Jumlah tersebut menggambarkan terdapat 38 kematian sehari atau 1.2 kematian setiap jam berpunca daripada amalan merokok.

Amalan merokok bermula sewaktu remaja, mereka yang tidak merokok sewaktu usia remaja berkemungkinan besar tidak akan memulakan amalan ini ketika menjelang dewasa. Kajian yang dijalankan mendapat 90% remaja mula merokok ketika usia remaja dan 70% darinya akan menjadikannya sebagai amalan harian. Majoritinya akan meneruskan amalan ini ketika menjelang dewasa. Disamping masalah kesihatan yang bakal dihadapi oleh golongan ini akibat amalan merokok, mereka juga berpotensi untuk terjebak dengan amalan penggunaan dadah dikemudian hari. Apa yang paling membimbangkan ialah rokok juga membawa kepada ketagihan dadah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Merokok dan Kesihatan (ASH), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Madya Dr. Lekhraj Rampal, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana kebanyakan penagih bermula dengan rokok sebelum beralih kepada dadah. Beliau menyarankan karajaan melaksanakan kempen ”Tak Nak Kepada Rokok” secara agresif dengan menjadikan golongan kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah dan universiti sebagai sasaran utama kempen tersebut. Ini kerana jika tidak dibendung lebih awal adalah tidak mustahil golongan tersebut boleh terjerumus ke kancah penagihan dadah.

2.0         FOKUS KAJIAN

Masalah merokok merupakan masalah yang sering melanda di pelbagai peringkat bermula dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat paling tinggi iaitu Institut Pengajian Tinggi. Melalui pengalaman pengkaji sendiri dalam menangani masalah merokok sekolah di kalangan pelajar sekolah sememangnya terdapat faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salahlaku merokok di sekolah.

Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada amalan merokok. Bagi mengurangkan masalah ini, langkah pertama yang perlu dicari ialah punca dan faktor yang menyebabkan berlakunya masalah merokok di sekolah seterusnya mencari jalan penyelesaian menanganinya. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmanakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar merokok dan faktor manakah yang lebih mendorong pelajar terlibat dengan gejala rokok.

3.0         OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memperolehi dapatan dalam menangani masalah merokok sekolah. Secara khususnya objektif kajian dalam penulisan ini ialah :
i.       Mengenal pasti faktor keluarga yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
ii.    Mengenal pasti faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
iii.    Mengenal pasti faktor diri sendiri yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.

4.0         KUMPULAN SASARAN

Sampel responden yang dipilih bagi menjawab soal selidik ini melibatkan 7 orang pelajar lelaki tingkatan dua hingga tingkatan lima SMK Bukit Indah Ampang. Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenal pasti mempunyai rekod salah laku merokok berdasarkan rekod disiplin sekolah.

5.0         PELAKSANAAN KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui penggunaan set soal selidik. Pemilihan rekabentuk deskriptif dalam kajian ini adalah kerana kesesuaiannya untuk mengumpul maklumat mengenai perkara yang dikaji, maklumat dan butiran yang dikehendaki. Soal selidik yang diedarkan kepada responden mengandungi dua bahagian. Bahagian A mengandungi 2 item berkaitan latarbelakang responden. Manakala Bahagian B pula mengandungi 7 item yang merupakan soalan terbuka dan 16 item yang menggunakan skala Likert lima mata seperti pada Jadual 1.
Jadual 1  Skala Likert Lima Mata
Skala
Tahap
1
Sangat tidak setuju
2
Tidak setuju
3
Hampir setuju
4
Setuju
5
Sangat setuju

Bagi menentukan tahap persetujuan responden terhadap faktor yang mempengaruhi amalan merokok, penggunaan min skor dengan tiga tahap persetujuan digunakan seperti pada Jadual 2.
Jadual 2  Pembahagian tahap min
Skala
Tahap
1.00 – 2.33
Rendah
2.34 – 3.67
Sederhana
3.68 – 5.00
Tinggi
Sumber : Levin & Rubin 1998



6.0       DAPATAN KAJIAN

Data yang diperolehi melalui item soalan yang berkaitan dengan tujuan kajian telah diproses dan dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian statistik SPSS. Aspek faktor keluarga yang mempengaruhi amalan merokok dinilai melalui 5 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini boleh dirujuk pada Jadual 3.

Jadual 3 Faktor keluarga yang mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor keluarga
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
2
Tidak
Setuju

f
(%)
3
Hampir Setuju

f
(%)
4
Setuju


f
(%)
5
Sangat Setuju

f
(%)
Min
Tahap

Ahli keluarga saya ada yang merokok


1
(14.3)

3
(42.9)

0
(0)

3
(42.9)

0
(0)

2.71

Sederhana
Ibu bapa saya tahu saya merokok

1
(14.3)
1
(14.3)
3
(42.9)
2
(28.6)
0
(0)
2.85
Sederhana
Ibu bapa saya mengizinkan saya merokok

5
(71.4)
2
(28.6)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
1.29
Rendah
Hubungan saya dengan keluarga renggang

1
(14.3)
2
(28.6)
2
(28.6)
2
(28.6)
0
(0)
2.71
Sederhana
Keadaan dalam keluarga mempengaruhi saya untuk merokok
3
(42.9)
4
(57.1)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
1.57
Rendah

Min Keseluruhan








2.23

Sederhana


Merujuk kepada Jadual 3, min keseluruhan untuk aspek faktor keluaga yang mempengaruhi amalan merokok adalah 2.23 yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang sederhana. Julat nilai min adalah antara 1.29 hingga 2.85. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang sederhana untuk setiap item dalam aspek faktor keluarga yang mempengaruhi amalan merokok. Min untuk item Ibu bapa saya mengizinkan saya merokok

adalah yang terendah iaitu 1.29. Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap rendah bahawa faktor keluarga mempengaruhi amalan merokok.

Aspek faktor rakan yang mempengaruhi amalan merokok dinilai melalui 5 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini boleh dirujuk pada Jadual 4.

Jadual 4 Faktor rakan sebaya yang mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor rakan sebaya
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
2
Tidak
Setuju

f
(%)
3
Hampir Setuju

f
(%)
4
Setuju


f
(%)
5
Sangat Setuju

f
(%)
Min
Tahap

Kebanyakan rakan-rakan saya merokok


1
(14.3)

2
(28.6)

1
(14.3)

1
(14.3)

2
(28.6)

3.14

Sederhana
Saya mula merokok kerana ajakan kawan

0
(0)
0
(0)
5
(71.4)
1
(14.3)
1
(14.3)
3.43
Sederhana
Saya merokok supaya saya diterima oleh rakan-rakan

1
(14.3)
3
(42.9)
1
(14.3)
1
(14.3)
1
(14.3)
2.71
Sederhana
Saya suka berkawan dengan rakan-rakan yang merokok

2
(28.6)
2
(28.6)
1
(14.3)
1
(14.3)
1
(14.3)
2.57
Sederhana
Saya suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan
1
(14.3)
0
(0)
2
(28.6)
3
(42.9)
1
(14.3)
3.43
Sederhana

Min Keseluruhan







3.06

Sederhana

Merujuk kepada Jadual 4, min keseluruhan untuk aspek faktor pengaruh rakan sebaya dalam amalan merokok adalah 3.06 yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang sederhana. Julat nilai min adalah antara 2.57 hingga 3.43. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang sederhana untuk setiap item dalam aspek pengaruh rakan dalam amalan merokok. Min untuk item Saya suka berkawan dengan rakan-rakan yang merokok adalah yang terendah iaitu 2.57. Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap sederhana untuk berkawan dengan rakan yang merokok.
Aspek faktor diri sendiri yang mempengaruhi amalan merokok dinilai melalui 6 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini boleh dirujuk pada Jadual 5.

Jadual 5 Faktor diri sendiri yang mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor diri sendiri
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
2
Tidak
Setuju

f
(%)
3
Hampir Setuju

f
(%)
4
Setuju


f
(%)
5
Sangat Setuju

f
(%)
Min
Tahap

Saya merokok sekadar untuk suka-suka sahaja


1
(14.3)

2
(28.6)

2
(28.6)

1
(14.3)

1
(14.3)

2.89

Sederhana
Saya merokok apabila berada dalam keadaan stress

0
(0)
0
(0)
0
(0)
5
(71.4)
2
(28.6)
3.57
Sederhana
Saya mula merokok kerana ingin mencuba

0
(0)
2
(28.6)
2
(28.6)
1
(14.3)
2
(28.6)
3.43
Sederhana
Saya mula merokok kerana ingin mencari keseronokan

0
(0)
3
(42.9)
3
(42.9)
1
(14.3)
0
(0)
2.86
Sederhana
Saya merokok kerana mahu kelihatan ‘cool’

2
(28.6)
3
(42.9)
1
(14.3)
0
(0)
1
(14.3)
2.29
Rendah
Saya rasa bangga apabila merokok
2
(28.6)
4
(57.1)
0
(0)
0
(0)
1
(14.3)
2.14
Rendah

Min Keseluruhan







2.86

Sederhana

Merujuk kepada Jadual 5, min keseluruhan untuk aspek faktor diri sendiri dalam amalan merokok adalah 2.86 yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang sederhana. Julat nilai min adalah antara 2.14 hingga 3.57. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang sederhana dalam aspek faktor diri sendiri dalam amalan merokok. Min untuk item Saya merokok apabila berada dalam keadaan stress adalah yang tertinggi iaitu 3.57. Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap sederhana iaitu merokok untuk hilangkan stres.

Min dalam menentukan faktor yang mempengaruhi amalan merokok adalah seperti dalam Jadual 6.

Jadual 6  Nilai min dalam faktor yang mempengaruhi amalan merokok
Aspek
Min
Tahap

Keluarga


2.23

Sederhana
Rakan

3.06
Sederhana
Diri sendiri

2.86
Sederhana

Jadual 6 di atas menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor iaitu faktor keluarga, faktor rakan dan faktor diri sendiri yang mempengaruhi tingkah laku merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Nilai min bagi faktor rakan sebaya menunjukkan nilai tertinggi sebanyak 3.06 diikuti nilai min bagi faktor diri sendiri 2.86 dan yang terendah, nilai min bagi faktor keluarga sebanyak 2.23. Min untuk setiap faktor adalah berada tahap sederhana. Nilai min tertinggi faktor rakan sebaya menunjukkan yang rakan sebaya paling mempengaruhi amalan merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Kesimpulan yang boleh dicapai melalui hasil kajian ini adalah faktor utama yang mendorong amalan merokok adalah pengaruh rakan sebaya. Walau bagaimana pun faktor diri sendiri dan keluarga juga turut menyumbang kearah amalan yang tidak sihat ini.

7.0       Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Bagi kajian akan datang, pengkaji bercadang untuk memberi fokus yang lebih mendalam kepada faktor penyebab yang dibincangkan. Skop kajian juga perlu dikecilkan bagi memudahkan pengkaji mengenalpasti dan merancang aktiviti dan program yang bersesuaian bagi membantu pelajar yang terlibat.


 
Blogger Templates