Social Icons

Pages

Friday 13 September 2013

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR


oleh
Ahmad Tizamuden Shafie
Nik Rahimah Nik Mohamed
SMK Bukit Indah Ampang Selangor


ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan merokok di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah Ampang. Persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor diri sendiri dan faktor keluarga. Kajian ini melibatkan 16 orang pelajar lelaki tingkatan dua hingga tingkatan lima SMK Bukit Indah Ampang. Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenalpasti mempunyai kes salahlaku disiplin merokok. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan min. Daripada persoalan kajian didapati nilai min faktor rakan sebaya adalah sederhana. Min faktor keluarga dan diri sendiri pada tahap rendah. Keputusan kajian keseluruhan mendapati faktor rakan sebaya adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan diri sendiri. 


 DAPATAN KAJIAN

Data yang diperolehi melalui item soalan yang berkaitan dengan tujuan kajian telah diproses dan dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian statistik SPSS. Aspek faktor keluarga yang mempengaruhi amalan merokok dinilai melalui 5 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini boleh dirujuk pada Jadual 3.

Jadual 3 Faktor keluarga yang mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor keluarga
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
2
Tidak
Setuju

f
(%)
3
Hampir Setuju

f
(%)
4
Setuju


f
(%)
5
Sangat Setuju

f
(%)
Min
Tahap

Ahli keluarga saya ada yang merokok


4                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
(25)

3
(18.8)

3
(18.8)

4
(25)

2
(12.5)

2.81

Sederhana
Ibu bapa saya tahu saya merokok

4
(25)
3
(18.8)
2
(12.5)
5
(31.3)
2
(12.5)
2.88
Sederhana
Ibu bapa saya mengizinkan saya merokok

10
(62.5)
4
(25)
0
(0)
2
(12.5)
0
(0)
1.63
Rendah
Hubungan saya dengan keluarga renggang

4
(25)
6
(37.5)
3
(18.8)
2
(12.5)
0
(0)
2.20
Rendah
Keadaan dalam keluarga mempengaruhi saya untuk merokok
7
(43.8)
5
(31.3)
3
(18.8)
1
(6.3)
0
(0)
1.88
Rendah

Min Keseluruhan








2.27

Rendah

Merujuk kepada Jadual 3, min keseluruhan untuk aspek faktor keluaga yang mempengaruhi amalan merokok adalah 2.27 yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang rendah. Julat nilai min adalah antara 1.63 hingga 2.88. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang rendah untuk aspek faktor keluarga yang mempengaruhi amalan merokok. Min untuk item Ibu bapa saya mengizinkan saya merokok adalah yang terendah iaitu 1.63.

Rajah 1 Min faktor keluarga yang mempengaruhi amalan merokok




Rajah 1 menunjukkan min setiap item dan secara keseluruhannya, responden bersetuju pada tahap rendah bahawa faktor keluarga mempengaruhi amalan merokok.

Aspek faktor rakan yang mempengaruhi amalan merokok dinilai melalui 5 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini boleh dirujuk pada Jadual 4.

Jadual 4 Faktor rakan sebaya yang mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor rakan sebaya
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
2
Tidak
Setuju

f
(%)
3
Hampir Setuju

f
(%)
4
Setuju


f
(%)
5
Sangat Setuju

f
(%)
Min
Tahap

Kebanyakan rakan-rakan saya merokok


3
(18.8)

1
(6.3)

4
(25)

3
(18.8)

5
(31.3)

3.38

Sederhana
Saya mula merokok kerana ajakan kawan

2
(12.5)
4
(25)
4
(25)
5
(31.3)
1
(6.3)
2.94
Sederhana
Saya merokok supaya saya diterima oleh rakan-rakan

11
(68.8)
2
(12.5)
2
(12.5)
1
(6.3)
0
(0)
1.56
Rendah
Saya suka berkawan dengan rakan-rakan yang merokok

5
(31.3)
6
(37.5)
3
(18.8)
2
(12.5)
0
(0)
2.13
Rendah
Saya suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan
1
(6.3)
3
(18.8)
6
(37.5)
3
(18.8)
3
(18.8)
3.25
Sederhana

Min Keseluruhan






2.65

Sederhana
Rajah 2 Min faktor rakan sebaya yang mempengaruhi amalan merokok




Merujuk kepada Jadual 4 dan Rajah 2, min keseluruhan untuk aspek faktor pengaruh rakan sebaya dalam amalan merokok adalah 2.65 yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang sederhana. Julat nilai min adalah antara 1.56 hingga 3.38. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang sederhana untuk aspek pengaruh rakan dalam amalan merokok. Min untuk item Saya merokok supaya saya diterima oleh rakan-rakan adalah yang terendah iaitu 1.56. Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap rendah yang mereka merokok supaya diterima oleh rakan-rakan.

Aspek faktor diri sendiri yang mempengaruhi amalan merokok dinilai melalui 6 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini boleh dirujuk pada Rajah 3.



Rajah 3 Min faktor diri sendiri yang mempengaruhi amalan merokok

Jadual 5 Faktor diri sendiri yang mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor diri sendiri
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
2
Tidak
Setuju

f
(%)
3
Hampir Setuju

f
(%)
4
Setuju


f
(%)
5
Sangat Setuju

f
(%)
Min
Tahap

Saya merokok sekadar untuk suka-suka sahaja


4
(25)

6
(37.5)

3
(18.8)

3
(18.8)

0
(0)

2.31

Sederhana
Saya merokok apabila berada dalam keadaan stress

1
(6.3)
4
(25)
5
(31.3)
1
(6.3)
5
(31.3)
3.31
Sederhana
Saya mula merokok kerana ingin mencuba

2
(12.5)
4
(25)
6
(37.5)
1
(6.3)
3
(18.8)
2.94
Sederhana
Saya mula merokok kerana ingin mencari keseronokan

3
(18.8)
8
(50)
4
(25)
1
(6.3)
0
(0)
2.19
Rendah
Saya merokok kerana mahu kelihatan ‘cool’

11
(68.8)
3
(18.8)
0
(0)
1
(6.3)
1
(6.3)
1.63
Rendah
Saya rasa bangga apabila merokok
11
(68.8)
3
(18.8)
1
(6.3)
0
(0)
1
(6.3)
1.56
Rendah

Min Keseluruhan







2.32

Rendah


Merujuk kepada Jadual 5 dan Rajah 3, min keseluruhan untuk aspek faktor diri sendiri dalam amalan merokok adalah 2.32 yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang rendah. Julat nilai min adalah antara 1.56 hingga 3.31. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang rendah dalam aspek faktor diri sendiri dalam amalan merokok. Min untuk item Saya merokok apabila berada dalam keadaan stress adalah yang tertinggi iaitu 3.31. Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap sederhana iaitu merokok untuk hilangkan stres. Manakala untuk item Saya mula merokok kerana ingin mencuba juga menunjukkan nilai min yang sederhana 2.94.




Min dalam menentukan faktor yang mempengaruhi amalan merokok adalah seperti dalam Jadual 6.

Jadual 6  Nilai min dalam faktor yang mempengaruhi amalan merokok
Aspek
Min
Tahap

Keluarga


2.27

Rendah
Rakan

2.65
Sederhana
Diri sendiri

2.32
Rendah

Jadual 6 di atas menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor iaitu faktor keluarga, faktor rakan dan faktor diri sendiri yang mempengaruhi tingkah laku merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Nilai min bagi faktor rakan sebaya menunjukkan nilai tertinggi sebanyak 2.65 diikuti nilai min bagi faktor diri sendiri 2.32 dan yang terendah, nilai min bagi faktor keluarga sebanyak 2.27. Min untuk faktor keluarga dan diri sendiri adalah berada pada tahap rendah. Nilai min tertinggi faktor rakan sebaya pada tahap sederhana, menunjukkan yang rakan sebaya paling mempengaruhi amalan merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Kesimpulan yang boleh dicapai melalui hasil kajian ini adalah faktor utama yang mendorong amalan merokok adalah pengaruh rakan sebaya. Walau bagaimana pun faktor diri sendiri dan keluarga juga turut menyumbang kearah amalan yang tidak sihat ini.




No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates