oleh
Ahmad Tizamuden
Shafie
Nik Rahimah Nik Mohamed
SMK Bukit Indah Ampang
Selangor
ABSTRAK
Tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap amalan merokok
dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah Ampang. Persoalan
utama yang dikaji iaitu mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap kesan
rokok dari sudut kesihatan dan tentang amalan merokok. Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan satu
hingga lima yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan SMK Bukit Indah
Ampang. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian. Data dianalisis bagi mendapatkan min, kekerapan dan peratus.
Hasil kajian mendapati persepsi pelajar terhadap
amalan merokok adalah ianya suatu amalan yang tidak baik dan tidak membawa
kesihatan kepada tubuh badan.
Data yang diperolehi melalui item soalan yang berkaitan
dengan tujuan kajian telah diproses dan dianalisis secara statistik deskriptif
menggunakan perisian statistik SPSS. Aspek pengetahuan pelajar terhadap kesan
rokok dari sudut kesihatan, dinilai melalui 5 item yang dibina. Min yang
diperolehi untuk aspek ini boleh dirujuk pada Jadual 3.
Jadual 3 Pengetahuan pelajar
terhadap kesan rokok dari sudut kesihatan
Item
Aspek Kesihatan
|
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
|
2
Tidak
Setuju
f
(%)
|
3
Hampir Setuju
f
(%)
|
4
Setuju
f
(%)
|
5
Sangat Setuju
f
(%)
|
Min
|
Tahap
|
Amalan merokok adalah amalan yang tidak baik
|
0
(0)
|
1
(3.3)
|
0
(0)
|
2
(6.7)
|
27
(90)
|
4.83
|
Tinggi
|
Amalan merokok membahayakan kesihatan
|
0
(0)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
6
(20)
|
24
(80)
|
4.80
|
Tinggi
|
Kandungan dalam rokok
membahayakan kesihatan
|
0
(0)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
6
(20)
|
24
(80)
|
4.80
|
Tinggi
|
Asap rokok membahayakan kesihatan perokok
|
0
(0)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
7
(23.3)
|
23
(76.7)
|
4.77
|
Tinggi
|
Asap rokok membahayakan kesihatan orang sekitar
perokok
|
0
(0)
|
0
(0)
|
1
(3.3)
|
8
(26.7)
|
21
(70)
|
4.67
|
Tinggi
|
Min
Keseluruhan
|
4.77
|
Tinggi
|
Rajah 1 Min pengetahuan pelajar terhadap kesan rokok dari sudut kesihatan
Merujuk kepada
Jadual 3 dan Rajah 1, min keseluruhan untuk tahap pengetahuan pelajar terhadap
kesan rokok dari sudut kesihatan adalah 4.77 yang boleh diklasifikasikan
sebagai tahap persetujuan yang tinggi. Julat nilai min adalah antara 4.67
hingga 4.83. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang tinggi
untuk setiap item dalam aspek kesan rokok pada kesihatan.
Min untuk item Amalan merokok
adalah amalan yang tidak baik adalah yang tertinggi iaitu 4.83. Ini menunjukkan responden bersetuju
pada tahap tinggi bahawa amalan merokok adalah amalan yang tidak baik.
Aspek tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan merokok
dinilai melalui 7 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini boleh
dirujuk pada Jadual 4 dan Rajah 2.
Rajah 2 Min pengetahuan pelajar
terhadap amalan merokok
Jadual 4 Pengetahuan pelajar
terhadap amalan merokok
Item
Aspek Pengetahuan
|
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
|
2
Tidak
Setuju
f
(%)
|
3
Hampir Setuju
f
(%)
|
4
Setuju
f
(%)
|
5
Sangat Setuju
f
(%)
|
Min
|
Tahap
|
Saya akan menjauhi amalan merokok
|
0
(0)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
6
(20)
|
24
(80)
|
4.80
|
Tinggi
|
Saya akan menjauhi rakan yang merokok
|
0
(0)
|
0
(0)
|
7
(23.3)
|
8
(26.7)
|
15
(50)
|
4.23
|
Tinggi
|
Maklumat dalam program
PPDa sekolah membantu anda menjauhi rokok
|
0
(0)
|
2
(6.7)
|
4
(13.3)
|
16
(53.3)
|
8
(26.7)
|
4.00
|
Tinggi
|
Hukuman di sekolah dapat membendung amalan merokok
|
2
(6.7)
|
1
(3.3)
|
4
(13.3)
|
16
(53.3)
|
7
(23.3)
|
3.83
|
Tinggi
|
Saya tidak boleh menyelesaikan masalah saya dengan merokok
|
4
(13.3)
|
2
(6.7)
|
1
(3.3)
|
3
(10)
|
20
(66.7)
|
4.10
|
Tinggi
|
Saya tidak rasa bangga apabila merokok
|
1
(3.3)
|
2
(6.7)
|
1
(3.3)
|
3
(10)
|
23
(76.7)
|
4.50
|
Tinggi
|
Merokok tidak akan membuatkan saya kelihatan ‘cool’
|
1
(3.3)
|
0
(0)
|
4
(13.3)
|
3
(10)
|
22
(73.3)
|
4.50
|
Tinggi
|
Min
Keseluruhan
|
4.52
|
Tinggi
|
Merujuk kepada Jadual 4, min keseluruhan untuk aspek tahap
pengetahuan pelajar terhadap amalan merokok adalah 4.52 yang boleh
diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang tinggi. Julat nilai min adalah
antara 3.83 hingga 4.80. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan
yang tinggi untuk setiap item dalam aspek pengetahuan tentang amalan merokok.
Min untuk item Saya akan
menjauhi amalan merokok adalah yang
tertinggi iaitu 4.80. Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap tinggi
bahawa amalan merokok perlu dijauhi.
Min dalam
menilai persepsi pelajar terhadap amalan merokok untuk keseluruhan aspek adalah
seperti dalam Jadual 6.
Jadual 6 Persepsi pelajar terhadap amalan merokok
Aspek
|
Min
|
Tahap
|
Kesihatan
|
4.77
|
Tinggi
|
Pengetahuan
|
4.52
|
Tinggi
|
Min
Keseluruhan
|
4.63
|
Tinggi
|
Nilai min untuk keseluruhan aspek adalah 4.63. Ini
menunjukkan min persepsi pelajar terhadap amalan merokok dalam kesemua aspek kesihatan
dan pengetahuan adalah tinggi. Kesimpulan yang boleh dicapai
melalui hasil kajian ini adalah persepsi pelajar terhadap amalan merokok adalah
ianya suatu amalan yang tidak baik dan tidak membawa kesihatan kepada tubuh
badan.
No comments:
Post a Comment