Sunday, 22 September 2013
Saturday, 21 September 2013
Saturday, 14 September 2013
Friday, 13 September 2013
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR
oleh
Ahmad Tizamuden Shafie
Nik Rahimah Nik Mohamed
SMK Bukit Indah Ampang Selangor
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah
untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan merokok di
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah Ampang. Persoalan
utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor diri sendiri dan faktor
keluarga. Kajian ini melibatkan 16 orang pelajar lelaki tingkatan dua hingga
tingkatan lima SMK Bukit Indah Ampang. Responden kajian ini terbatas kepada
pelajar yang dikenalpasti mempunyai kes salahlaku disiplin merokok. Kajian ini
berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data
dianalisis bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan min. Daripada persoalan kajian
didapati nilai min faktor rakan sebaya adalah sederhana. Min faktor keluarga
dan diri sendiri pada tahap rendah. Keputusan kajian keseluruhan mendapati
faktor rakan sebaya adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar
merokok berbanding dengan faktor keluarga dan diri sendiri.
DAPATAN KAJIAN
Data yang diperolehi melalui item soalan yang berkaitan
dengan tujuan kajian telah diproses dan dianalisis secara statistik deskriptif
menggunakan perisian statistik SPSS. Aspek faktor keluarga yang mempengaruhi
amalan merokok dinilai melalui 5 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk
aspek ini boleh dirujuk pada Jadual 3.
Jadual 3 Faktor keluarga yang
mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor keluarga
|
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
|
2
Tidak
Setuju
f
(%)
|
3
Hampir Setuju
f
(%)
|
4
Setuju
f
(%)
|
5
Sangat Setuju
f
(%)
|
Min
|
Tahap
|
Ahli keluarga saya ada
yang merokok
|
4
(25)
|
3
(18.8)
|
3
(18.8)
|
4
(25)
|
2
(12.5)
|
2.81
|
Sederhana
|
Ibu bapa saya tahu saya
merokok
|
4
(25)
|
3
(18.8)
|
2
(12.5)
|
5
(31.3)
|
2
(12.5)
|
2.88
|
Sederhana
|
Ibu bapa saya mengizinkan
saya merokok
|
10
(62.5)
|
4
(25)
|
0
(0)
|
2
(12.5)
|
0
(0)
|
1.63
|
Rendah
|
Hubungan saya dengan keluarga renggang
|
4
(25)
|
6
(37.5)
|
3
(18.8)
|
2
(12.5)
|
0
(0)
|
2.20
|
Rendah
|
Keadaan dalam keluarga mempengaruhi saya untuk merokok
|
7
(43.8)
|
5
(31.3)
|
3
(18.8)
|
1
(6.3)
|
0
(0)
|
1.88
|
Rendah
|
Min
Keseluruhan
|
2.27
|
Rendah
|
Merujuk kepada
Jadual 3, min keseluruhan untuk aspek faktor keluaga yang mempengaruhi amalan
merokok adalah 2.27 yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang rendah.
Julat nilai min adalah antara 1.63 hingga 2.88. Secara keseluruhan, responden
memberikan persetujuan yang rendah untuk aspek faktor keluarga yang
mempengaruhi amalan merokok. Min untuk item Ibu bapa saya mengizinkan
saya merokok adalah yang
terendah iaitu 1.63.
Rajah 1 Min faktor keluarga yang mempengaruhi
amalan merokok
Rajah 1 menunjukkan min setiap item dan
secara keseluruhannya, responden bersetuju pada tahap rendah bahawa faktor
keluarga mempengaruhi amalan merokok.
Aspek faktor rakan yang mempengaruhi amalan merokok
dinilai melalui 5 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini boleh
dirujuk pada Jadual 4.
Jadual 4 Faktor rakan sebaya yang
mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor rakan sebaya
|
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
|
2
Tidak
Setuju
f
(%)
|
3
Hampir Setuju
f
(%)
|
4
Setuju
f
(%)
|
5
Sangat Setuju
f
(%)
|
Min
|
Tahap
|
Kebanyakan rakan-rakan
saya merokok
|
3
(18.8)
|
1
(6.3)
|
4
(25)
|
3
(18.8)
|
5
(31.3)
|
3.38
|
Sederhana
|
Saya mula merokok kerana ajakan kawan
|
2
(12.5)
|
4
(25)
|
4
(25)
|
5
(31.3)
|
1
(6.3)
|
2.94
|
Sederhana
|
Saya merokok supaya saya
diterima oleh rakan-rakan
|
11
(68.8)
|
2
(12.5)
|
2
(12.5)
|
1
(6.3)
|
0
(0)
|
1.56
|
Rendah
|
Saya suka berkawan dengan rakan-rakan yang merokok
|
5
(31.3)
|
6
(37.5)
|
3
(18.8)
|
2
(12.5)
|
0
(0)
|
2.13
|
Rendah
|
Saya suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan
|
1
(6.3)
|
3
(18.8)
|
6
(37.5)
|
3
(18.8)
|
3
(18.8)
|
3.25
|
Sederhana
|
Min
Keseluruhan
|
2.65
|
Sederhana
|
Rajah 2
Min faktor rakan sebaya yang mempengaruhi amalan merokok
Merujuk kepada
Jadual 4 dan Rajah 2, min keseluruhan untuk aspek faktor pengaruh rakan sebaya
dalam amalan merokok adalah 2.65 yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap
persetujuan yang sederhana. Julat nilai min adalah antara 1.56 hingga 3.38.
Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang sederhana untuk aspek
pengaruh rakan dalam amalan merokok. Min untuk item Saya merokok supaya saya
diterima oleh rakan-rakan adalah yang terendah
iaitu 1.56. Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap rendah yang mereka
merokok supaya diterima oleh rakan-rakan.
Aspek faktor diri sendiri yang mempengaruhi amalan
merokok dinilai melalui 6 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini
boleh dirujuk pada Rajah 3.
Rajah 3 Min faktor diri sendiri yang mempengaruhi amalan merokok
Jadual 5 Faktor diri sendiri yang
mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor diri sendiri
|
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
|
2
Tidak
Setuju
f
(%)
|
3
Hampir Setuju
f
(%)
|
4
Setuju
f
(%)
|
5
Sangat Setuju
f
(%)
|
Min
|
Tahap
|
Saya merokok sekadar
untuk suka-suka sahaja
|
4
(25)
|
6
(37.5)
|
3
(18.8)
|
3
(18.8)
|
0
(0)
|
2.31
|
Sederhana
|
Saya merokok apabila berada dalam keadaan stress
|
1
(6.3)
|
4
(25)
|
5
(31.3)
|
1
(6.3)
|
5
(31.3)
|
3.31
|
Sederhana
|
Saya mula merokok kerana
ingin mencuba
|
2
(12.5)
|
4
(25)
|
6
(37.5)
|
1
(6.3)
|
3
(18.8)
|
2.94
|
Sederhana
|
Saya mula merokok kerana ingin mencari keseronokan
|
3
(18.8)
|
8
(50)
|
4
(25)
|
1
(6.3)
|
0
(0)
|
2.19
|
Rendah
|
Saya merokok kerana mahu
kelihatan ‘cool’
|
11
(68.8)
|
3
(18.8)
|
0
(0)
|
1
(6.3)
|
1
(6.3)
|
1.63
|
Rendah
|
Saya rasa bangga apabila
merokok
|
11
(68.8)
|
3
(18.8)
|
1
(6.3)
|
0
(0)
|
1
(6.3)
|
1.56
|
Rendah
|
Min
Keseluruhan
|
2.32
|
Rendah
|
Merujuk kepada Jadual 5 dan Rajah 3, min keseluruhan
untuk aspek faktor diri sendiri dalam amalan merokok adalah 2.32 yang boleh
diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang rendah. Julat nilai min adalah
antara 1.56 hingga 3.31. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan
yang rendah dalam aspek faktor diri sendiri dalam amalan merokok. Min untuk
item Saya merokok apabila berada dalam keadaan stress adalah yang tertinggi iaitu 3.31. Ini
menunjukkan responden bersetuju pada tahap sederhana iaitu merokok untuk
hilangkan stres. Manakala untuk item Saya
mula merokok kerana ingin mencuba juga menunjukkan nilai min yang sederhana
2.94.
Min dalam
menentukan faktor yang mempengaruhi amalan merokok adalah seperti dalam Jadual
6.
Jadual 6 Nilai min dalam faktor yang mempengaruhi
amalan merokok
Aspek
|
Min
|
Tahap
|
Keluarga
|
2.27
|
Rendah
|
Rakan
|
2.65
|
Sederhana
|
Diri sendiri
|
2.32
|
Rendah
|
Jadual 6 di atas menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor iaitu
faktor keluarga, faktor rakan dan faktor diri sendiri yang mempengaruhi tingkah
laku merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Nilai min bagi faktor rakan sebaya
menunjukkan nilai tertinggi sebanyak 2.65 diikuti nilai min bagi faktor diri
sendiri 2.32 dan yang terendah, nilai min bagi faktor keluarga sebanyak 2.27. Min
untuk faktor keluarga dan diri sendiri adalah berada pada tahap rendah. Nilai
min tertinggi faktor rakan sebaya pada tahap sederhana, menunjukkan yang rakan
sebaya paling mempengaruhi amalan merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Kesimpulan
yang boleh dicapai melalui hasil kajian ini adalah faktor utama yang mendorong
amalan merokok adalah pengaruh rakan sebaya. Walau bagaimana pun faktor diri
sendiri dan keluarga juga turut menyumbang kearah amalan yang tidak sihat ini.
Labels:
Darih,
Guru,
Kajian Tindakan,
Pelajar
Subscribe to:
Posts (Atom)