PROGRAM : DEMONSTRASI ANJING PENGESAN
TARIKH : 28 APRIL 2014
TEMA : SEMINDA BEBAS DARIH
Monday, 28 April 2014
Wednesday, 16 April 2014
Ikrar Anti Dadah
Ikrar Anti Dadah
Bahawasanya Kami Rakyat Malaysia Berikrar Untuk Menjauhkan Diri Dari Dadah Pada Setiap Masa Dengan: Memenuhi Masa Lapang Dengan Kerja-Kerja Yang Berfaedah; Melibatkan Diri Dalam Aktiviti aktiviti Yang Berguna Dan Berfungsi Kepada Masyarakat; Menjadi Rakyat Berilmu, Berakhlak Mulia Dan Mengamal Cara Hidup Sihat Dan Cergas; Menyediakan Diri Untuk Mengisi Keperluan Wawasan, Dan; Membantu Segala Usaha Bagi Membebaskan Negara Malaysia Dari Ancaman Dadah.
Labels:
anti dadah,
ikrar
Sunday, 13 April 2014
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2014
PROGRAM: HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014
TARIKH : 13 APRIL 2014
TEMA : SEMINDA CEMERLANG TANPA DARIH
TARIKH : 13 APRIL 2014
TEMA : SEMINDA CEMERLANG TANPA DARIH
Persembahan Pelajar |
Tokoh Pelajar 2013 |
Ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr. Rozaidah Binti Talib |
Thursday, 10 April 2014
SEMINDA BEBAS D.A.R.I.H
SEMINDA bebas D.A.R.I.H bermaksud warga SEMINDA tidak akan sesekali terlibat dengan perkara-perkara berikut :
D
= DADAH
A
= ALKOHOL
R
= ROKOK
I
= INHALAN
H
=HIV/AIDS
APA ITU DADAH?
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan
kimia yang memberi kesan atau kemudaratan ke atas pemikiran, emosi, fizikal dan
tingkahlaku. Ia adalah
bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk menyiasat,
merawat atau mencegah penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan
kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau
dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan. Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus
bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka .
APA ITU ALKOHOL?
Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol
(biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan
diri, terlena, dan sebagainya. Alkohol selalunya diminum ketika
bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan 'mood'. Ia juga boleh
mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam
pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski.
APA ITU ROKOK?
Rokok adalah
silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm
dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau
yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan
membara agar asapnya dapat disedut. Apa-apa hasil yang mengandungi keseluruhannya atau
sebahagiannya tembakau yang dipotong, dicarik atau dikilang, atau apa-apa
terbitan atau pengganti tembakau yang digulung di dalam pembalut kertas tunggal
atau lebih dan yang boleh digunakan dengan serta merta untuk merokok.
APA ITU INHALAN?
Inhalan / Agen inhalasi tergolong dalam kelas dadah dalam
bentuk gas / wap yang disalahguna secara inhalasi. Agen ini wujud di dalam
pepejal atau cecair meruap (volatile) yang menghasilkan gas pada suhu bilik. Gas
yang dihidu ini boleh menyebabkan kesan psikoaktif atau mind-altering (merangsang
perubahan minda). Ini kerana gas ini mengandungi bahan kimia yang boleh
mempengaruhi neuron di otak. Kriteria utama agen inhalasi ialah gas ini hanya
diambil secara inhalasi untuk mendapatkan kesannya. Inhalasi bermaksud menghidu
gas sama ada melalui hidung atau mulut sehingga gas itu sampai ke paru-paru.
APA ITU HIV/AIDS?
HIV
- Human
Immunodeficiency ViruS yang menyebabkan jangkitan
HIV.
AIDS
- Acquired Immune
Deficiency Syndrome
HIV/AIDS
adalah penyakit sosial yang melanda masyarakat sejagat termasuk Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)