oleh
Ahmad Tizamuden Shafie
Nik Rahimah Nik Mohamed
SMK Bukit Indah Ampang Selangor
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah
untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan merokok di
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah Ampang. Persoalan
utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor diri sendiri dan faktor
keluarga. Kajian ini melibatkan 7 orang pelajar lelaki tingkatan dua hingga
tingkatan lima SMK Bukit Indah Ampang. Responden kajian ini terbatas kepada
pelajar yang dikenal pasti mempunyai rekod merokok melalui buku rekod disiplin.
Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Data dianalisis bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan min. Daripada persoalan
kajian didapati nilai min keseluruhan adalah sederhana. Keputusan kajian
keseluruhan mendapati faktor rakan sebaya adalah faktor yang lebih kuat dalam
mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan diri sendiri.
1.0
REFLEKSI AMALAN LALU
Tabiat merokok boleh memudaratkan kesihatan. Rokok telah dianggap satu-satunya
punca kematian utama yang boleh dielakkan pada masa kini. Perangkaan di peringkat
antarabangsa menunjukkan terdapat 1.1 bilion perokok di seluruh dunia dan
mengakibatkan kematian kira-kira empat juta orang setahun atau satu kematian bagi
setiap lapan saat. Di Malaysia pula, terdapat kira-kira 10,000 kematian setiap tahun
yang dikaitkan dengan amalan merokok dan kadar tersebut semakin membimbangkan
berdasarkan peningkatan kes. Jumlah tersebut menggambarkan terdapat 38 kematian
sehari atau 1.2 kematian setiap jam berpunca daripada amalan merokok.
Amalan merokok bermula sewaktu remaja, mereka yang tidak merokok sewaktu
usia remaja berkemungkinan besar tidak akan memulakan amalan ini ketika
menjelang dewasa. Kajian yang dijalankan mendapat 90% remaja mula merokok
ketika usia remaja dan 70% darinya akan menjadikannya sebagai amalan harian.
Majoritinya akan meneruskan amalan ini ketika menjelang dewasa. Disamping
masalah kesihatan yang bakal dihadapi oleh golongan ini akibat amalan merokok,
mereka juga berpotensi untuk terjebak dengan amalan penggunaan dadah dikemudian
hari. Apa yang paling membimbangkan ialah rokok juga membawa kepada ketagihan
dadah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Merokok dan Kesihatan (ASH),
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Madya Dr. Lekhraj Rampal, perkara ini
perlu diberi perhatian serius kerana kebanyakan penagih bermula dengan rokok
sebelum beralih kepada dadah. Beliau menyarankan karajaan melaksanakan kempen
”Tak Nak Kepada Rokok” secara agresif dengan menjadikan golongan kanak-kanak,
remaja, pelajar sekolah dan universiti sebagai sasaran utama kempen tersebut.
Ini kerana jika tidak dibendung lebih awal adalah tidak mustahil golongan
tersebut boleh terjerumus ke kancah penagihan dadah.
2.0
FOKUS KAJIAN
Masalah merokok merupakan masalah yang sering melanda
di pelbagai peringkat bermula dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat paling
tinggi iaitu Institut Pengajian Tinggi. Melalui pengalaman pengkaji sendiri
dalam menangani masalah merokok sekolah di kalangan pelajar sekolah sememangnya
terdapat faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salahlaku merokok
di sekolah.
Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi
mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan
daripada amalan merokok. Bagi mengurangkan masalah ini, langkah pertama yang
perlu dicari ialah punca dan faktor yang menyebabkan berlakunya masalah merokok
di sekolah seterusnya mencari jalan penyelesaian menanganinya. Oleh yang
demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmanakah faktor-faktor
yang menyebabkan pelajar merokok dan faktor manakah yang lebih mendorong pelajar
terlibat dengan gejala rokok.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini bertujuan
untuk memperolehi dapatan dalam menangani masalah merokok sekolah. Secara
khususnya objektif kajian dalam penulisan ini ialah :
i.
Mengenal pasti faktor keluarga yang mempengaruhi pelajar
dalam amalan merokok.
ii. Mengenal pasti faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar
dalam amalan merokok.
iii.
Mengenal pasti faktor diri sendiri yang mempengaruhi pelajar
dalam amalan merokok.
4.0
KUMPULAN SASARAN
Sampel responden
yang dipilih bagi menjawab soal selidik ini melibatkan 7 orang pelajar lelaki tingkatan dua
hingga tingkatan lima SMK Bukit Indah Ampang. Responden kajian ini terbatas
kepada pelajar yang dikenal pasti mempunyai rekod salah laku merokok
berdasarkan rekod disiplin sekolah.
5.0
PELAKSANAAN KAJIAN
Rekabentuk
kajian adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu
melalui penggunaan set soal selidik. Pemilihan rekabentuk deskriptif dalam
kajian ini adalah kerana kesesuaiannya untuk mengumpul maklumat mengenai
perkara yang dikaji, maklumat dan butiran yang dikehendaki. Soal
selidik yang diedarkan kepada responden mengandungi dua bahagian. Bahagian A
mengandungi 2 item berkaitan latarbelakang responden. Manakala Bahagian B pula mengandungi
7 item yang merupakan soalan terbuka dan 16 item yang menggunakan
skala Likert lima mata seperti pada Jadual 1.
Jadual 1 Skala Likert Lima Mata
Skala
|
Tahap
|
1
|
Sangat tidak setuju
|
2
|
Tidak setuju
|
3
|
Hampir setuju
|
4
|
Setuju
|
5
|
Sangat setuju
|
Bagi menentukan tahap persetujuan responden terhadap faktor
yang mempengaruhi amalan merokok, penggunaan min skor dengan tiga tahap
persetujuan digunakan seperti pada Jadual 2.
Jadual 2 Pembahagian tahap min
Skala
|
Tahap
|
1.00 –
2.33
|
Rendah
|
2.34 – 3.67
|
Sederhana
|
3.68 – 5.00
|
Tinggi
|
Sumber : Levin & Rubin 1998
6.0 DAPATAN KAJIAN
Data yang diperolehi melalui item soalan yang berkaitan
dengan tujuan kajian telah diproses dan dianalisis secara statistik deskriptif
menggunakan perisian statistik SPSS. Aspek faktor keluarga yang mempengaruhi
amalan merokok dinilai melalui 5 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk
aspek ini boleh dirujuk pada Jadual 3.
Jadual 3 Faktor keluarga yang
mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor keluarga
|
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
|
2
Tidak
Setuju
f
(%)
|
3
Hampir Setuju
f
(%)
|
4
Setuju
f
(%)
|
5
Sangat Setuju
f
(%)
|
Min
|
Tahap
|
Ahli keluarga saya ada
yang merokok
|
1
(14.3)
|
3
(42.9)
|
0
(0)
|
3
(42.9)
|
0
(0)
|
2.71
|
Sederhana
|
Ibu bapa saya tahu saya
merokok
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
3
(42.9)
|
2
(28.6)
|
0
(0)
|
2.85
|
Sederhana
|
Ibu bapa saya mengizinkan
saya merokok
|
5
(71.4)
|
2
(28.6)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
1.29
|
Rendah
|
Hubungan saya dengan keluarga renggang
|
1
(14.3)
|
2
(28.6)
|
2
(28.6)
|
2
(28.6)
|
0
(0)
|
2.71
|
Sederhana
|
Keadaan dalam keluarga mempengaruhi saya untuk
merokok
|
3
(42.9)
|
4
(57.1)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
1.57
|
Rendah
|
Min
Keseluruhan
|
2.23
|
Sederhana
|
Merujuk kepada Jadual 3, min keseluruhan untuk aspek faktor
keluaga yang mempengaruhi amalan merokok adalah 2.23 yang boleh
diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang sederhana. Julat nilai min
adalah antara 1.29 hingga 2.85. Secara keseluruhan, responden memberikan
persetujuan yang sederhana untuk setiap item dalam aspek faktor keluarga yang
mempengaruhi amalan merokok. Min untuk item Ibu bapa saya mengizinkan saya merokok
adalah yang
terendah iaitu 1.29. Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap rendah
bahawa faktor keluarga mempengaruhi amalan merokok.
Aspek faktor rakan yang mempengaruhi amalan merokok
dinilai melalui 5 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini boleh
dirujuk pada Jadual 4.
Jadual 4 Faktor rakan sebaya yang
mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor rakan sebaya
|
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
|
2
Tidak
Setuju
f
(%)
|
3
Hampir Setuju
f
(%)
|
4
Setuju
f
(%)
|
5
Sangat Setuju
f
(%)
|
Min
|
Tahap
|
Kebanyakan rakan-rakan
saya merokok
|
1
(14.3)
|
2
(28.6)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
2
(28.6)
|
3.14
|
Sederhana
|
Saya mula merokok kerana ajakan kawan
|
0
(0)
|
0
(0)
|
5
(71.4)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
3.43
|
Sederhana
|
Saya merokok supaya saya
diterima oleh rakan-rakan
|
1
(14.3)
|
3
(42.9)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
2.71
|
Sederhana
|
Saya suka berkawan dengan rakan-rakan yang merokok
|
2
(28.6)
|
2
(28.6)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
2.57
|
Sederhana
|
Saya suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan
|
1
(14.3)
|
0
(0)
|
2
(28.6)
|
3
(42.9)
|
1
(14.3)
|
3.43
|
Sederhana
|
Min
Keseluruhan
|
3.06
|
Sederhana
|
Merujuk kepada Jadual 4, min keseluruhan untuk aspek faktor
pengaruh rakan sebaya dalam amalan merokok adalah 3.06 yang boleh
diklasifikasikan sebagai tahap persetujuan yang sederhana. Julat nilai min
adalah antara 2.57 hingga 3.43. Secara keseluruhan, responden memberikan
persetujuan yang sederhana untuk setiap item dalam aspek pengaruh rakan dalam
amalan merokok. Min untuk item Saya suka berkawan dengan rakan-rakan yang
merokok adalah yang terendah
iaitu 2.57. Ini menunjukkan responden bersetuju pada tahap sederhana untuk
berkawan dengan rakan yang merokok.
Aspek faktor diri sendiri yang mempengaruhi amalan
merokok dinilai melalui 6 item yang dibina. Min yang diperolehi untuk aspek ini
boleh dirujuk pada Jadual 5.
Jadual 5 Faktor diri sendiri yang
mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor diri sendiri
|
1
Sangat Tidak Setuju
f
(%)
|
2
Tidak
Setuju
f
(%)
|
3
Hampir Setuju
f
(%)
|
4
Setuju
f
(%)
|
5
Sangat Setuju
f
(%)
|
Min
|
Tahap
|
Saya merokok sekadar
untuk suka-suka sahaja
|
1
(14.3)
|
2
(28.6)
|
2
(28.6)
|
1
(14.3)
|
1
(14.3)
|
2.89
|
Sederhana
|
Saya merokok apabila berada dalam keadaan stress
|
0
(0)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
5
(71.4)
|
2
(28.6)
|
3.57
|
Sederhana
|
Saya mula merokok kerana
ingin mencuba
|
0
(0)
|
2
(28.6)
|
2
(28.6)
|
1
(14.3)
|
2
(28.6)
|
3.43
|
Sederhana
|
Saya mula merokok kerana ingin mencari keseronokan
|
0
(0)
|
3
(42.9)
|
3
(42.9)
|
1
(14.3)
|
0
(0)
|
2.86
|
Sederhana
|
Saya merokok kerana mahu
kelihatan ‘cool’
|
2
(28.6)
|
3
(42.9)
|
1
(14.3)
|
0
(0)
|
1
(14.3)
|
2.29
|
Rendah
|
Saya rasa bangga apabila
merokok
|
2
(28.6)
|
4
(57.1)
|
0
(0)
|
0
(0)
|
1
(14.3)
|
2.14
|
Rendah
|
Min
Keseluruhan
|
2.86
|
Sederhana
|
Merujuk kepada Jadual 5, min keseluruhan untuk aspek faktor
diri sendiri dalam amalan merokok adalah 2.86 yang boleh diklasifikasikan
sebagai tahap persetujuan yang sederhana. Julat nilai min adalah antara 2.14
hingga 3.57. Secara keseluruhan, responden memberikan persetujuan yang
sederhana dalam aspek faktor diri sendiri dalam amalan merokok. Min untuk item Saya merokok
apabila berada dalam keadaan stress adalah yang tertinggi iaitu 3.57. Ini menunjukkan
responden bersetuju pada tahap sederhana iaitu merokok untuk hilangkan stres.
Min dalam
menentukan faktor yang mempengaruhi amalan merokok adalah seperti dalam Jadual
6.
Jadual 6 Nilai min dalam faktor yang mempengaruhi
amalan merokok
Aspek
|
Min
|
Tahap
|
Keluarga
|
2.23
|
Sederhana
|
Rakan
|
3.06
|
Sederhana
|
Diri sendiri
|
2.86
|
Sederhana
|
Jadual 6 di atas menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor iaitu
faktor keluarga, faktor rakan dan faktor diri sendiri yang mempengaruhi tingkah
laku merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Nilai min bagi faktor rakan sebaya
menunjukkan nilai tertinggi sebanyak 3.06 diikuti nilai min bagi faktor diri
sendiri 2.86 dan yang terendah, nilai min bagi faktor keluarga sebanyak 2.23. Min
untuk setiap faktor adalah berada tahap sederhana. Nilai min tertinggi faktor
rakan sebaya menunjukkan yang rakan sebaya paling mempengaruhi amalan merokok
dalam kalangan pelajar sekolah. Kesimpulan
yang boleh dicapai melalui hasil kajian ini adalah faktor utama yang mendorong
amalan merokok adalah pengaruh rakan sebaya. Walau bagaimana pun faktor diri
sendiri dan keluarga juga turut menyumbang kearah amalan yang tidak sihat ini.
7.0 Cadangan
Untuk Kajian Seterusnya
Bagi kajian akan
datang, pengkaji bercadang untuk memberi fokus yang lebih mendalam kepada
faktor penyebab yang dibincangkan. Skop kajian juga perlu dikecilkan bagi
memudahkan pengkaji mengenalpasti dan merancang aktiviti dan program yang
bersesuaian bagi membantu pelajar yang terlibat.