MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
HAL EHWAL MURID
KALI PERTAMA
TARIKH : 27 DISEMBER 2011
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK WAWASAN
KEHADIRAN :
- En Zamri bin Md Zain
- Cik Anisah bt Muhamad
- Pn Norhasinal bt Mohd Ali
- Pn Wan Hasnida bt Abdullah
- Cik Siti Aishah bt Abd Ghani
- Pn Norlizawati bt Mustafa
- Pn Norlihan bt Salim
- Pn Nan Aini bt Mohd Tahir
- Cik Nurul Haniza bt Awaludin
- Pn Ingrid Sarina Rueh
- Cik Norhazwani bt Zaidi
- Pn Roshita bt Sulaiman
- Pn Suaibah bt Muhammad
- Pn Norlia bt Ahmad
- Cik Norhafizah bt Salehuddin
- En Jeyaselan a/l Govindasamy
- En Mohd Hairil Nizam b. Basri
- Pn Norhani bt Abd. Rahman
- En Surianarayanan a/l Galvarasu
- En R. Arasu a/l Rajamani
- Pn Zuraidah bt Maidin
- Cik Zawiyah Bt Awang
- Cik Ema Rozaini bt Sukim
- Pn Nazairo bt Mamat
- Cik Lim Yai Hwei
- Pn Norzarina bt Ibrahim
- Pn Roseaida bt Muhamad
- Pn Nurrul Amani bt Sarkawi
- Pn Haslinah bt Ahmad
- Pn Radziah bt Oyab
- Pn ‘Asrah bt Abdul Hamid
- Cik Loke Siew Keng
- Pn Fam Soh Har
- YM Tengku Norazlini
- Pn Khairiah bt Abd Hadi
- Pn Nursuhani bt Ahmad
- Pn Zarinah bt Abd Rahman
HADIR BERSAMA :
- PENGETUA
- PENOLONG KANAN
- PENOLONG KANAN HEM
- PENOLONG KANAN KOKO
URUSETIA :
Noor Erni bt Hamzah
Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 Ucapan alu-aluan kepada
jawatankuasa HEM 2012 dan semua guru.
1.2 Ucapan terima kasih kepada
jawatankuasa HEM 2011
Pendaftaran Tingkatan Satu
2.1 Jumlah
pelajar yang diterima ialah 320 orang.
2.2 Permohonan
keluar amatlah sedikit
2.3 Penyelaras
tingkatan satu baru menggantikan Cik Leow Ai Wei yang sedang cuti bersalin ialah Pn Zuraidah Noh.
2.4 Pendaftaran
akan diadakan esok, 28 Disember 2011 dan pelajar akan mendaftar mengikut tingkatan.
2.5 Tempat
yang terlibat adalah di dewan dan kelas-kelas di blok A dan B.
2.6 Setiap
guru tingkatan satu akan dibantu seorang lagi guru semasa
pendaftaran.
2.6.1
Tugas Pn Siti Norhayah diganti dengan Cik Murni bt
Mohamaed Nor
(Rujuk
lampiran Jawatankuasa Pendaftaran Tingkatan 1 dan tentatif program)
2.7 Permohonan
kelas KRK masih tiada maklum balas dari PPD oleh itu kelas bagi pendaftaran esok adalah untuk
sementara terutama kelas KRK dan Mumtaz.
2.8 Guru-guru
yang terlibat diminta menyemak salinan kad pengenalan dan sijil lahir, bil-bil
elektrik atau air dan kad 001 dan kuning yang telah dilengkapkan.
2.8.1
Buku kesihatan pelajar tak perlu dipungut lagi supaya
tak berlaku kesulitan
kepada guru kelas nanti.
2.8.2
Guru-guru tidak dibenarkan mengutip apa-apa yuran
termasuk tanda nama.
2.9 Semasa
pendaftaran, semua pelajar hendaklah berpakaian lengkap seragam sekolah.
2.10
Guru Bimbingan dan Kaunseling akan mengendalikan
program orientasi untuk pelajar di
tapak perhimpunan.
2.11
Semua guru tingkatan tidak dibenarkan memotong
mana-mana nama pelajar dengan sesuka hati.
2.11.1 Pastikan surat
amaran 1,2 dan 3 dihantar terlebih dahulu mengikut
prosedur yang ditetapkan.
3
Sistem Pengurusan Kualiti
3.1 Pastikan
segala pengesahan ditandatangi oleh Pn Norlilah bt Ismail
3.2 Audit
luaran akan hadir pada 29 Januari jam 9.00 pagi.
3.3 Tugas
Pn Siti Norhayah akan digantikan oleh Pn Nurul Amani
3.4 Taklimat
khas berkaitan SPK akan diadakan dalam masa terdekat.
3.5 Sebarang
tandatangan pada mana-mana borang atau dokumen adalah menggunakan pen mata biru
atau hitam sahaja.
3.6 Guru
tingkatan memastikan kebersihan setiap kelas dengan membuat jadual pelajar bertugas harian sebaik sahaja
sesi persekolahan bermula.
3.7 Pastikan
setiap guru menyediakan fail meja
3.7.1
En Fazrul akan menyediakan muka hadapan dan isi
kandungan supaya selaras dengan system kualiti
4
Pengurusan HEM
4.1 Semua
guru diminta merujuk misi dan visi sekolah pada buku panduan muka surat hadapan. Pastikan
semua unit di bawah HEM tahu dengan perubahan misi dan visi tersebut.
4.2 Terdapat
perubahan pada jawatankuasa yang sedia ada.
4.2.1
Untuk Jawatankuasa Disiplin, Pn Asnidar bt Mohd Ariff
akan menggantikan tempat Pn Zaidah Nor dalam Biro Data SSDM .
4.2.2
Untuk Jawatankuasa Kantin, Pn Yon Farhah akan mengambil
alih tugas Pn Hanisah
4.3 Perabot
baru dibawa ke kelas 3 Arif.
4.4 Yang
bertanggung jawab menjaga bilik-bilik khas diminta bersedia untuk sesi 2012.
4.5 Tukar
carta organisasi untuk tahun 2012.
4.6 Kelab
Pencegahan Jenayah adalah di bawah pemantauan HEM dan aktiviti pelajar dibawah
pemantauan Ko Kurikulum.
4.7 Guru
tingkatan perlu segera memaklumkan kepada Unit HEM jika terdapat pelajar yang
ayahnya meninggal atau apa jua masalah kewangan supaya dapat memohom KWAPM.
4.8 Bagi
permohonan biasiswa, pelajar yang layak adalah berdasarkan data SMM.
4.8.1
Guru tingkatan diminta mengemaskini data SMM pelajar.
4.9 Semua
pelajar layak mendapatkan buku SPBT
5
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
5.1 Jawatan
guru PPDa disandang oleh Cik Norhafizah dengan ahli jawatankuasa di kalangan
kaunselor sekolah dan guru-guru yang terlibat.
5.2 Penerangan
peranan Unit PPDa Seminda disampaikan secara keseluruhan yang merangkumi
peranan Sekolah, Unit HEM & Ko-Kurikulum, Panitia Matapelajaran, Pusat
Sumber Sekolah (PSS), Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK), Guru Penasihat dan
juga Ahli Pengawas PPDa. (rujuk edaran)
5.3 Misi
dan Visi PPDa sama ada di peringkat sekolah mahu pun Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) disebarkan kepada semua warga sekolah.
6
Hal-hal lain
6.1
Semua guru diminta menyemak buku panduan guru tahun 2012.
6.2 Rujuk jawatankuasa HEM dan senarai tugasan yang
perlu dilaksanakan sebagai panduan guru-guru.(Rujuk H1-H72)
6.3 Beberapa
contoh borang berkaitan dengan HEM dilampirkan untuk kemudahan guru-guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam10.30 pagi.
Urusetia
Unit HEM
SMK Bukit Indah
No comments:
Post a Comment