Social Icons

Pages

Tuesday, 22 May 2012

Peranan Unit PPDa Seminda


PERANAN UNIT PPDa SEMINDA

Peranan Sekolah
-          Memberi peluang kepada Penubuhan Organisasi PPDa di Seminda

Peranan Unit HEM & Ko Kurikulum
-          Memberi kebenaran bagi menubuhkan Unit PPDa
-          Menyokong program-program pencegahan dadah di sekolah.

Peranan Panitia Matapelajaran
-          Memberi kerjasama dalam menjayakan program-program pencegahan dadah di sekolah.

Peranan Pusat Sumber Sekolah
-          Menyebarkan info-info anti dadah kepada semua pelajar-pelajar seminda.
-          Memberi kerjasama menyiapkan dan mengemaskini lorong PPDa sekolah.

Peranan Unit Bimbingan & Kaunseling
-          Memantau aktiviti-aktiviti yang berjalan sepanjang program.
-          Merancang program-program pencegahan dadah.

Peranan Guru Penasihat
-          Menubuhkan organisasi unit PPDa Sekolah
-          Memberi kerjasama kepada unit bimbingan & kaunseling dalam menjayakan program-program pencegahan dadah.
-          Membuat kertas kerja program minggu anti Dadah dan merancang aktiviti-aktiviti sepanjang program bersama unit bimbingan & kaunseling.
-          Memberi tunjuk ajar kepada ahli PPDa sekolah bagi memerangi gejala dadah di kalangan pelajar.
-          Membimbing pengawas PPDa menghasilkan buku skrap anti dadah.

Peranan Ahli Pengawas PPDa
-          Memberi kerjasama kepada guru penasihat dalam persiapan program dan menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang.
-          Mengemaskini info-info di lorong PPDa bersama guru penasihat.
-          Menyebarkan info-info bahaya dadah kepada pelajar-pelajar lain.
-          Membuat buku skrap anti dadah mengikut kriteria yang diminta.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates